Kemaskini & Permohonan Baru Borang Bantuan Sara Hidup (BSH) Secara Online (Sesi I Februari 2020)

15 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 hingga 14 Februari 2020 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah menyediakan khidmat kemaskini dan permohonan baru borang Bantuan Sara Hidup (BSH) secara online. Kelas ini bertempat di Pusat Internet Semop dari jam 8:00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya. Oleh itu, seramai 30 orang peserta yang berumur antara 32 tahun hingga 78 tahun yang datang memeriahkan aktiviti mengemaskini BSH secara online di Pusat Internet Semop bagi Sesi I Februari 2020.

Dengan ini, Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah satu bantuan daripada Kerajaan yang ditujukan kepada beberapa kategori penerima yang telah dikenalpasti. Bantuan diberikan dalam bentuk tunai kepada penerima yang layak dan ditentukan melalui satu set kriteria yang telah diumumkan oleh kerajaan. Selain bantuan tunai, mereka yang menerima BSH juga layak untuk menyertai Skim Khairat Kematian yang diwujudkan di bawah BSH ini.

Selain daripada mengemaskini borang BSH, peserta turut diselitkan sekali Tayangan Video Klik Dengan Bijak (KDB). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk penggunaan internet secara positif dikalangan. Oleh itu, pihak PI selitkan sekali Taklimat & Tayangan Video KDB yang merupakan inisiatif PI dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan pengguna yang bijak di kalangan masyarakat.

Semoga berjaya buat anda yang mengemaskini Borang Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali